Pengenalan
Adamas Excel Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang dahulunya berasal daripada Adamas Elektrik (Pemilik Tunggal). Adamas Elektrik telah ditubuhkan pada 20 Mei 1990. Berdaftar dengan Pusat Khidmat Konstraktor (PKK) dalam Kelas II, dan diberi pengiktirafan sebagai kontraktor elektrik bertaraf Bumiputera 100% oleh Kementerian Kewangan.
Menyediakan perkhidmatan melibatkan elektrikal & mekanikal sejak 1998 serta pemasangan sistem solar dan kerja-kerja awam sehingga kini
Di peringkat permulaan, Adamas Elektrik bergiat secara aktif dalam kerja-kerja yang melibatkan elektrikal dan mekanikal secara kecil-kecilan. Berkat ketabahan dan kesungguhan menangkis segala rintangan dan dugaan di dalam prasarana yang mencabar masakini, maka Adamas Elektrik telah dinaiktarafkan sebagai syarikat sendirian berhad.
Adamas Elektrik Sdn. Bhd. secara rasminya ditubuhkan pada 12hb Oktober 1998, dengan modal berbayar sebanyak RM100,000.00. Demi menyahut cabaran dan prasarana yang tidak menentu di dalam arus globalisasi yang semakin hampir, pihak lembaga pengarahnya telah menyuntik tambahan modal berbayar kepada RM500,000.00 pada 2hb Januari, 2003.
Maka dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak lembaga pengarahnya dan pengalaman yang diperolehi serta sokongan bantuan kredit dari pembekal-pembekal, Adamas Elektrik Sdn. Bhd. telah berjaya melaksanakan projek-projek besar yang melibatkan kos yang tinggi terutamanya projek di Universiti Teknologi MARA, Kementerian Pertahanan Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Shah Alam, Northport (M) Berhad dan lain-lain projek termasuk kerja-kerja di bawah kelolaan “Turnkey Contractor”.
Atas dengan kemampuan untuk berdaya saing dan dinamik di dalam pasaran yakni bersandarkan kepada pihak pengurusan syarikat yang cekap, profesional dan effisien serta dibantu oleh tenaga kerja yang mahir dan separa mahir serta komited. Dengan berbekalkan aset ini, maka pada 16hb Disember 2002, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) telah memberi kepercayaan kepada pihak Adamas Elektrik Sdn. Bhd. untuk menjadi sebuah syarikat kontraktor elektrik bumiputera kelas I.
Semua pihak pengurusan syarikat sentiasa merancang untuk mempertingkatkan lagi tahap pencapaian dan mutu serta kualiti kerja agar maju ke hadapan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan syarikat tempatan setaraf dengan syarikat-syarikat lain di peringkat antarabangsa. Pada 21hb Januari 2006 secara rasminya Adamas Elektrik Sdn. Bhd. telah menukarkan nama kepada Adamas Excel Sdn. Bhd. demi untuk mengembangkan lagi bidang perniagaannya.
Matlamat Syarikat
Menempatkan syarikat sebagai salah sebuah organisasi yang terulung dalam bidang yang diceburi dan kontraktor elektrikal dan mekanikal bumiputera yang dikenali, disegani dan dihormati oleh pelanggan samada di dalam dan di luar negeri melalui perkhidmatan yang diberikan.
Polisi Syarikat
- Mengerat perhubungan dengan pelanggan
- Memastikan projek disiapkan mengikut jadual
- Mengekalkan prestasi cemerlang setiap pekerja
- Mengekalkan tahap sistem pengurusan maksima & berkesan
- Peruntukan kewangan yang mencukupi sebelum menjalankan projek
Strategi Syarikat
- Mengenalpasti idea dan teknologi baru
- Pengawalan kos syarikat
- Usaha penyesuaian
- Operasi pengurusan yang mantap dan berkesan
- Mempertingkatkan mutu perkhidmatan
Address
No. 47A, Jalan Lawan Pedang 13/27,
Seksyen 13 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Phone
+603-55117270
+603-55117261
admin@adamas.com.my
aesb_sec13@yahoo.com

